Advanced Search
Keyword(s):
in
in
in
Year
From to
Current Issue
Volume: 9 Issues: 63 [June, 2024]
PELANTIKAN PENERIMA & PENGURUS (RECEIVER & MANAGER - R&M) DALAM PENGENDALIAN ASET CAGARAN BAGI PELANGGAN YANG MUNGKIR DI BANK RAKYAT
Volume: 7 Issues: 43 [February, 2022]
Farhan Akhnan Bin Ibrahim, Emalia Khartini Binti Maslin, Siti Nurimani Binti Zahari, Wan Ahmad Izzat Bin Wan Ahmad Sanadi, Abdul Muiz Bin Abdul Hakim
Praktis semasa industri amnya dan Bank Rakyat khasnya di dalam pelantikan penerima dan pengurus (R&M) bertujuan menguruskan atau melupuskan aset-aset cagaran pelanggan melalui perjanjian debentur yang dimeterai antara bank dan pelanggan di awal kontrak. Perjanjian debentur tersebut menyatakan skop tugasan R&M, jenis-jenis aset yang dicagarkan dan persetujuan pelanggan ke atas pelantikan R&M. Menjadi keutamaan bagi sesebuah institusi perbankan Islam untuk memastikan semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan mematuhi kehendak Syariah. Justeru, ia menjadi pencetus kepada kajian ini yang objektifnya untuk mengkaji praktis semasa di Bank Rakyat serta pandangan dan hujah-hujah fuqaha berkaitan pelantikan R&M sebagai wakil dalam menguruskan aset cagaran sama ada mematuhi piawaian Syariah atau sebaliknya. Kajian kualitatif digunakan merangkumi reka bentuk kajian, prosedur penganalisisan data dan lain-lain melalui kaedah kajian lapangan dan perpustakaan menerusi analisis dokumentasi dan pengumpulan data berkaitan serta temubual. Hasil kajian ini mendapati perlantikan R&M merupakan satu keperluan kepada institusi perbankan Islam dan ianya dibenarkan berasaskan konsep wakalah dengan menerima perjanjian debentur daripada pelanggan sebagai sekuriti ke atas pembiayaan yang ditawarkan dengan meletakkan syarat-syarat tertentu di dalam perjanjian debentur atau dokumen perjanjian lain. Oleh itu, penyelidik mengemukakan satu Parameter Syariah khusus berkaitan pelantikan R&M dalam pengurusan aset-aset cagaran pelanggan yang mungkir bagi memastikan kepatuhan Syariah terlaksana setiap masa.